Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini membantah tuduhan bahawa kerajaan telah membayar RM3 bilion untuk pembelian 10 juta dos vaksin Covid-19, yang menjadi tular di media sosial.
Menurut kementerian itu, pemerintah telah memperuntukkan RM3 bilion untuk pembelian vaksin Covid-19 untuk 70% penduduk negara ini atau 22.4 juta individu. Selain itu, Khairy Jamaluddin, juga telah menjawab dan menjelaskan perkara itu beberapa kali dalam persidangan Dewan Rakyat yang lalu.
Berdasarkan sebuah kenyataan, MOSTI mendedahkan bahawa melalui semua rundingan dan perjanjian yang telah dan akan ditandatangani setakat ini, pemerintah akan membelanjakan sebanyak $ 504.4 juta dolar atau sekitar RM2.05 bilion untuk membeli vaksin tersebut.
Tambahan daripada itu, pemerintah negara didakwa telah menandatangani perjanjian dengan syarikat farmasi AstraZeneca untuk membeli 6.4 juta lebih dos atau 10% tambahan vaksin Covid-19.
Oleh yang demikian, Malaysia telah memperoleh sebanyak 40% bekalan melalui perjanjian dengan kemudahan COVAX, Pfizer dan AstraZeneca.
Selain itu, Malaysia juga dalam rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya untuk meningkatkan bekalan vaksinnya untuk merangkumi lebih dari 80% penduduk negara itu atau 26.5 juta individu.
Bahkan jumlah tersebut telah melebihi sasaran awal, iaitu memberikan vaksinasi kepada 70% warganegara Malaysia.
Sementara itu, kementerian berkenaan meminta agar masyarakat tidak membuat atau menyebarkan maklumat palsu tanpa merujuk kepada pernyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pemimpin negara.
Berikutan dengan itu, MOSTI tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pernyataan yang tidak berasas atau palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.