Ekonomi Kanada mencatat penyusutan sebanyak 9% pada bulan Mac jika dibandingkan pada angka KDNK pada bulan Februari. Hal ini berikutan kerana impak penularan wabak Covid-19 sehingga memaksa banyak penutupan aktiviti ekonomi sepanjang bulan ini.
Penurunan bulanan dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada bulan Mac merupakan penurunan paling banyak sejak tahun 1961 berdsarkan anggaran data awal yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Kanada.
Menurut Statscan, ” Kejutan ekonomi akibat wabak Covid-19 telah beri kesan terhadap ekonomi Kanada pada bulan Mac”. “Secara keseluruhan bagi suku ini bacaan KDNK akan jatuh sekitar 2.6% pada suku pertama tahun 2020 tanpa mejelaskan lebih lanjut adakah angka penurunan itu dibandingkan dengan suku sebelumnya atau suku pertama tahun sebelumnya.
Namun Statscan menekankan bahawa angka yang dikeluarkan ini ialah anggaran awal dan ia bukanlah anggaran KDNK yang rasmi. Anggaran KNDK yang rasmi akan menjadi indikasi yang akan memberi gambaran yang lebih tepat impak Covid-19 terhadap ekonomi. Sehingga setakat ini, angka KDNK rasmi bagi bulan Februari juga belum dikeluarkan.
Pada hari ini, Kanada telah mencatat sebanyak 27,063 kes jangkitan positif dengan 903 kes kematiian. Bermula pertengahan bulan Mac, Kerajaan Kanada telah memerintahkan perniagaan-perniagaan yang bukan dasar untuk ditutup dan pegerakan orang ramai dibatasi bagi membendung penularan wabak.
Disisi lain prospek Ekonomi Dunia yang dikeluarkan pada hari Selasa, Institusi Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan KDNK Kanada akan menyusut 6.2% pada tahun ini.