Gelora pasaran di awal minggu ini telah melihatkan perubahan drastik nilai dagangan US dolar pada sesi yang berbeza.
US dolar mengukuh pada sesi Asia semalam untuk memulakan dagangan awal minggu dengan baik berikutan kebimbangan pasaran dengan kemunculan varian baru Coronavirus membantutkan sentimen positif sebelum ini dengan agihan awal vaksin.
Namun pada sesi New York kembali menyaksikan penyusutan semula US dolar ekoran tumpuan pelabur kembali beralih kepada isu pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang dilaporkan telah mencapai persetujuan. Keputusan undian Kongres akan dinantikan.
Jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga telah membuat penurunan pada awal sesi Asia bermula selepas terdapat ‘gap’ pada pembukaan harga.
Penurunan harga sekitar 100 pips dipamerkan bersambung pada sesi Eropah dengan paras terendah harian mencecah 1.21300.
Namun setelah mencecah ke paras tersebut, harga kembali pamerkan lonjakan semula di sesi New York sehingga 120 pips mencapai paras ketinggian pada 1.22500 lebih tinggi berbanding paras pembukaan harga sebelumnya.
Harga yang juga telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish pada carta EUR/USD.
Jika tumpuan kekal terarah pada pakej rangsangan AS yang melemahkan US dolar, harga berpotensi meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi paras ketinggian dicapai minggu lalu sekitar 1.22700.
Kenaikan seterusnya dilihat akan menguji paras tumpuan pada 1.23000 untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan April 2018.
Namun jika perkembangan virus kembali meningkatkan kebimbangan pasaran semula, harga bakal menjunam seperti awal sesi semalam menuju semula ke zon RBS (resistance become support) di bawah paras 1.21800.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI