Pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD telah mencatatkan paras terendah terbaru 4 bulan pada dagangan semalam berikutan pengukuhan yang dipamerkan oleh US dolar.
Data-data petunjuk bagi sektor pekerjaan di Amerika Syarikat menunjukkan isyarat yang positif menjelang laporan pekerjaan NFP pada malam ini.
Kadar tuntuan faedah pengangguran di Amerika Syarikat mencatatkan bacaan penurunan ke paras terendah sejak April 2018 memberi gambaran sektor buruh dalam keadaan baik.
Setelah penurunan harga pada Rabu lalu telah mencecah zon support di bawah paras 1.10000, harga dilihat bergerak perlahan dan mendatar pada zon tersebut semalam.
Harga bergerak mendatar pada sesi Asia sebelum cubaan kenaikan harga pada sesi Eropah gagal dan harga terus ditekan berada di bawah paras 1.10000. Harga juga kekal berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50).
Penurunan ketara dipamerkan pada sesi pasaran New York semalam susulan data ekonomi Amerika Syarikat diterbitkan.
Penurunan harga mencecah ke paras sekitar 1.09620 mencatatkan paras terendah terbaru tahun ini dan terendah sejak Oktober 2019.
Namun harga kembali pantul semula dari paras tersebut sebelum harga ditutup lebih perlahan di paras lebih tinggi sekitarnya. Harga dijangka akan bergerak perlahan pada Jumaat berikutan pelabur waspada menjelang laporan data NFP.
Jika harga meneruskan penurunan, paras terendah dicecah semalam akan dilepasi harga sebelum meneruskan penurunan ke paras terendah terbaru lagi dan boleh mencapai zon support 1.08800 yang diuji pada penghujung September tahun lalu.
Namun jika kenaikan harga kembali ditunjukkan, harga akan menguji dahulu zon SBR (support become resistance) 1.10000 sebelum kenaikan lebih tinggi akan menuju pula zon SBR 1.10400.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.