Bacaan data bagi jangkaan inflasi tahunan di zon Eropah yang diterbitkan pada sesi Eropah mencatatkan angka yang meningkat berbanding jangkaan penurunan.
Namun, matawang Euro kekal bergerak lemah tidak memberi reaksi yang positif terhadap terbitan data tersebut dengan pergerakan menurun harga di carta pasangan matawang EUR/USD.
Sentimen pasaran yang kekal berisiko disebabkan kebimbangan penularan wabak Coronavirus, terus memberi kelebihan buat dagangan US dolar sebagai matawang safe-haven.
Dengan jangkaan data keyakinan pengguna US yang akan diterbitkan pada sesi New York dengan angka yang positif, meningkatkan lagi jangkaan untuk US dolar kekal bergerak kukuh.
Namun, pelabur harus berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP pada Khamis ini.
Harga pada carta EUR/USD pamerkan kenaikan pada dagangan awal minggu sehingga mencapai paras ketinggian 1.12880 sebelum penurunan harga kembali berlaku pada sesi New York semalam.
Bersambung pada dagangan hari ini, harga telah bergerak lebih rendah melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Penurunan pada sesi Eropah melihatkan harga menuju paras 1.12000 untuk menguji zon support tersebut. Zon tersebut diuji beberapa kali pada minggu lalu namun gagal ditembusi.
Jika harga berjaya tembus zon support tersebut, penurunan lebih rendah dijangkakan sehingga mencecah ke paras 1.11000.
Namun jika harga membuat kenaikan semula, zon SBR (support become resistance) 1.12500, akan menjadi tumpuan sebelum harga menuju paras 1.13000.
Kenaikan seterusnya bakal menguji pula zon SBR 1.13500 sebelum menuju zon resistance pada 1.14000.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI