Tahap pengangguran A.S dijangka akan bertambah lebih buruk terlebih dahulu sebelum ia kembali pulih. Justeru sukar untuk mengetahui bagaimana bentuk pemulihan ekonomi akan kelihatan nanti berdasrkan keyataan Presiden Bank Rizab Persekutuan New York John Williams (NYSE: WMB) pada hari Khamis.
Tambah Williams, angka ekonomi terkini tidak memberi gambaran yang menyeluruh impak Covid-19 terhadap keluarga Amerika kerana terdapat segelintir individu yang berhenti kerja atas alasan kesihatan atau menjaga ahli keluarga.
Kadar pengangguran telah melonjak menjadi 14.7% pada bulan April dan ia dijangka akan bertambah buruk sebelum mencatat pemulihan. Ketika perniagaan mula dibuka kembali, akan ada lebih banyak maklumat mengenai impak Covid-19 terhadap ekonomi di pelbagai industri dan ini membolehkan untuk membuat jangkaan mengenai berapa lama ekonomi akan dapat pulih.
Tambah beliau, setakat ini belum diketahui bagaimana bentuk pemulihan yang akan berlaku dan bilakah ia akan berlaku. Kita masih memerlukan masa untuk mendapatkan maklumat yang lebih menyeluruh bagi melihat kesan Covid-19 ke atas industri lain seperti kenderaan, pendidikan tinggi, pembuatan, dan perkhidmatan profesional.
The Fed telah mengurangkan kadar faedah mendekati sifar dan menawarkan lebih banyak pinjaman kecemasan bagi memastikan kredit mengalir ke sektor perniagaan dan isi rumah.
Menurut Williams, kadar akan tetap rendah sehingga pembuat dasar yakin bahawa ekonomi telah stabil dan berada pada landasan yang tepat untuk mencapai tenaga penuh.