Firma pembangunan aset digital, RockX telah melancarkan program pelaburan berjumlah $20 juta untuk menyokong ekosistem Polkadot (DOT) selama 5 tahun.
Dianggarkan jumlah maksimum token DOT bernilai $500,00 bagi setiap projek, disertai sokongan teknikal dari kumpulan pembangunan.
Sebagai pulangan, firma tersebut akan menerima token atau ekuiti dari projek yang disokong.
Buat masa sekarang, RockX yang diasaskan bersama oleh Alex Lam memainkan peranan mengawal nod Polkadot, Cosmos, Solana, Oasis dan Terra.
Bantuan kewangan bagi program tersebut bersumberkan beberapa pelabur yang tidak mahu didedahkan identiti mereka.
Mereka ini merupakan pemegang DOT dan penyokong tegar ekosistem Ethereum menunjukkan minat terhadap usaha yang dijalankan, tanpa membawa sebarang pengaruh ke atas projek yang dilancarkan.
Ini bermakna segala keputusan yang melibatkan program ekosistem DOT sepenuhnya milik RockX.
Walaupun program pelaburan ini tiada kaitan dengan Polkadot Treasury, kedua-dua produk ini berkongsi visi yang sama iaitu untuk membantu dalam pembinaan dan promosi projek di rangkaian Polkadot.