Menurut sebuah pengumuman yang dikemukakan, Nokia telah dipilih oleh NASA untuk membangunkan rangkaian selular pertama di bulan. Hal ini demikian kerana agensi angkasa AS tersebut didakwa akan membawa manusia ke bulan serta membina penempatan di sana.
Berdasarkan rancangan tersebut, NASA akan membawa manusia ke bulan menjelang 2024 dan mengkaji kehadiran jangka panjang di sana di bawah program Artemisnya.
Sementara itu, Nokia mendedahkan bahawa ini merupakan sistem komunikasi jalur lebar tanpa wayar pertama di angkasa serta akan dibina di permukaan bulan pada akhir 2022.
Tambahan daripada itu, mereka akan bekerjasama dengan syarikat reka bentuk kapal angkasa persendirian yang berpusat di Texas, Intuitive Machines, untuk menghantar peralatan ke bulan. Untuk pengetahuan semua, rangkaian tersebut dikhabarkan dapat mewujudkan sistem komunikasi 4G / LTE di bulan.
Selain itu, rangkaian tersebut turut akan memberikan keupayaan komunikasi suara dan video angkasawan, dan membolehkan pertukaran data telemetri dan biometrik, serta penggunaan dan kawalan jauh penemu bulan dan alat robotik lain.
Di samping itu, rangkaian berkenaan dirancang untuk mengawal keadaan ekstrem pelancaran dan pendaratan lunar, dan beroperasi di luar angkasa. Sementara itu, ianya perlu dihantar ke bulan dalam bentuk yang sangat padat untuk memenuhi ukuran, berat, serta bersesuaian dengan keadaan di sana.
Bukan itu sahaja! Nokia mengatakan bahawa rangkaian itu akan menggunakan 4G / LTE dan bukannya teknologi 5G terbaru, kerana kuantitinya telah pun dikenali dengan kebolehpercayaan yang terbukti. Namun, syarikat tersebut tetap akan mempelopori aplikasi ruang teknologi pengganti LTE, iaitu 5G.