Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/JPY kembali pamerkan lonjakan semula menuju dagangan penghujung minggu dengan tumpuan pasaran terarah pada isu Brexit dan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS).
Kedua-dua isu tersebut menunjukkan perkembangan baik dan kembali memberikan keyakinan terhadap pelabur.
Keputusan rundingan Brexit dijangka bakal diumumkan pada hari ini dengan harapan persetujuan antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) dapat dicapai.
Sementara pakej bantuan AS yang sebelum ini dikritik oleh Donald Trump kerana nilai bantuan yang rendah telah dilihat positif semula selepas penggubal undang-undang bersetuju untuk meningkatkan nilai bantuan lebih tinggi.
Seperti US dolar, Yen Jepun juga turut bergerak susut sebagai mata wang safe-haven dengan sentimen pasaran yang kembali pulih.
Harga pada carta GBP/JPY telah menunjukkan kenaikan semula dari penurunan awal minggu di paras 137.00.
Sehingga dagangan Rabu semalam, harga telah membuat kenaikan sehingga melepasi paras 140.00 susulan harapan terhadap rundingan Brexit kembali menyokong pengukuhan Pound sementara Yen bergerak lemah dalam pasaran.
Menyambung dagangan pada Khamis, harga masih menyambung kenaikan sehingga ke paras 140.300 pada awal sesi Eropah.
Kenaikan yang diteruskan akan menguji paras ketinggian 140.700 yang dicapai pada awal Disember ini sebelum ke paras 141.200.
Sekiranya harga kembali menjunam semula, pelabur akan memberi tumpuan pada paras-paras penting seperti zon RBS (resistance become support) 139.200 dan 138.300.
Penurunan lebih rendah akan menguji kembali zon support di bawah paras 137.00 seperti di awal dagangan minggu ini.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI