Pergerakan harga bagi carta pasangan matawang GBP/USD menunjukkan corak penurunan harga dengan menutup dagangan minggu lalu mencecah paras terendah sejak penghujung November 2019.
Selain pengukuhan US dolar dalam suasana pasaran yang berisiko diancam wabak Coronavirus, penurunan pada dagangan GBP/USD turut didorong oleh penyusutan matawang Pound Britain ekoran risiko hard-Brexit.
Kebimbangan pelabur terus meningkat dengan keupayaan Perdana Menteri UK Boris Johnson mencapai kesepakatan perjanjian bersama Kesatuan Eropah (EU) menjelang penghujung tahun 2020.
Pergerakan harga pada carta GBP/USD masih dilihat berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) yang menunjukkan harga masih berada dalam trend bearish.
Dapat dilihat pada dagangan Jumaat lalu apabila harga cuba membuat kenaikan menguji zon SBR (support become resistance) pada 1.29500 menyentuh halangan MA50 sebelum meneruskan penurunan semula ke paras terendah terbaru mencecah 1.28800.
Bersambung pada dagangan minggu ini, pergerakan harga pada carta GBP/USD perlahan sepanjang sesi Asia dan tanda-tanda penurunan ditunjukkan pada awal sesi Eropah.
Jika harga meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, harga akan mencatatkan paras terendah terbaru dan tumpuan akan terarah pada zon support sekitar 1.28300 yang diuji pada dagangan November lalu.
Namun jika harga membuat kenaikan semula, zon SBR 1.29500 akan diuji semula dan kenaikan melepasi zon tersebut akan menuju pula paras penting 1.30000.
Kenaikan melepasi halangan MA50 juga akan memberikan isyarat awal perubahan trend pada carta GBP/USD dan kenaikan harga boleh mencapai ke paras 1.31000.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.