Pergerakan matawang Pound Sterling pada minggu ini dilihat agak aktif berbanding matawang utama yang lain bergerak perlahan dalam pasaran.
Carta harga bagi pasangan matawang GBP/USD pada Isnin telah mencatatkan sekitar 200 pips penurunan setelah mencapai paras tertinggi 4 minggu pada minggu sebelumnya.
Pada dagangan semalam, GBP/USD mencatatkan sekitar 80 pips penurunan ke paras terendah terbaru sejak Disember 2019 mencecah paras 1.29400.
Namun harga kembali melonjak pada sesi Eropah dengan kenaikan mencapai sekitar 100 pips pergerakan ke paras lebih tinggi bersambung pada sesi New York sebelum ditutup dengan lebih perlahan.
Pengukuhan Pound disokong oleh data PMI pembinaan UK untuk bulan Januari yang mencatatkan peningkatan berbanding jangkaan dan juga bacaan bulan sebelumnya.
Walaupun begitu, harga dilihat masih bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) yang menunjukkan trend masih kekal bearish pada carta GBP/USD.
Pergerakan harga pada sesi pasaran Asia kekal perlahan dengan penurunan yang perlahan ditunjukkan menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah.
Jika harga kembali membuat penurunan semula, zon support pada paras terendah yang dicecah semalam akan diuji semula. Penurunan lebih rendah akan mencatatkan paras terendah terbaru untuk tahun ini.
Sebaliknya jika harga membuat kenaikan semula, harga berkemungkinan menuju paras penting pada 1.31000 selepas melepasi halangan MA50.
Kenaikan lebih tinggi akan menguji pula paras resistance 1.31500 atau ketinggian 1.32000 minggu lalu.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.