Harga Bitcoin (BTC) sejak kebelakangan ini tampil ‘cantik’ dan ‘tenang’. Namun, langit tidak selalunya indah apabila aset digital itu merekodkan kehilangan nilai lebih daripada $400!
Sebelum ini, BTC telah didagangkan pada harga hampir $10,900 sebelum susut sekitar $10,480.
Alamak! Apa dah jadi?
US Commodity and Futures Trading Commission (CFTC) telah mendakwa pengasas BitMEX, platform pertukaran derivatif Kripto termasuk Bitcoin atas kesalahan menjalankan platform dagangan derivatif matawang kripto secara haram dan melanggar akta anti-pencucian wang.
Pihak CFTC dilaporkan telah menahan lima organisasi dan tiga individu yang mengawal platform dagangan BitMEX, termasuk pemilik syarikat, Arthur Hayes, Ben Delo dan Samuel Reed.
Peguam AS bagi daerah New York telah mendakwa Reed, Delo dan Hayer, termasuk Gregory Dwyer atas tuduhan melanggar Akta Kerahsiaan Bank dan konspirasi yang melanggar akta yang sama.
Perlu diberi perhatian bahawa terdapat sejumlah BTC bernilai sekitar $2 bilion berada di BitMEX. Khabar ini tentunya membawa kebimbangan terhadap pelabur, memikirkan sejauh mana nilai matawang itu akan jatuh, bergantung kepada penyelesaian kes tersebut.
Dana insurans keselamatan yang bernilai $400 juta turut dibangkitkan di dalam laporan berikutan Reed, selaku CTO telah ditahan.