Emas sekali lagi berjaya menembusi paras ketinggian terbaru pada $1,820 per auns iaitu tahap tertinggi dalam sejak September 2011 pada sesi New York ketika pasaran matawang meraih pengukuhan disokong oleh perkembangan meyakinkan mengenai pembangunan vaksin Covid-19 dan rundingan rangsangan.
Logam berharga itu kemudiannya didagangkan menguat di sekitar harga $1,817 per auns pada sesi Asia hari ini, dengan niaga hadapan emas pula menokok kepada $1,818.55 per auns.
Perkembangan positif mengenai ujian vaksin Covid-19 yang dikembangkan oleh Universiti Oxford dan AstraZeneca dan rundingan dana pemulihan EU telah membantu meningkatkan sentimen dalam pasaran kewangan.
Bagaimanapun, dengan peningkatan berterusan kes Covid-19 di beberapa negara terutamanya Amerika Syarikat, menyebabkan pelabur sentiasa berwaspada dan tetap menguatkan pegangan safe-haven emas mereka.
Emas telah meningkat 19.7% atau $300 per auns setakat tahun ini. Kali terakhir logam kuning itu diperdagangkan di atas paras harga $1,800 per auns adalah pada September 2011.
Sementara itu Citigroup dalam unjuran suku ketiganya, berkata bahawa harga emas dijangka naik ke tahap tertinggi sepanjang masa dalam enam hingga sembilan bulan ke depan, dan terdapat kemungkinan 30% ia akan mencapai $2,000 per auns dalam tempoh tiga hingga lima bulan akan datang.