Harga emas pamerkan kenaikan untuk hari kedua berikutan sentimen pasaran yang masih berisiko selepas laporan ujian vaksin AstraZeneca dihentikan selepas peserta mengalami sakit.
Namun sentimen pasaran yang semakin menunjukkan pemulihan berikutan pasaran saham dan pasaran minyak mentah kembali stabil, bakal memberi tekanan semula terhadap dagangan emas.
Emas sebagai aset safe-haven akan mengalami penurunan jika sentimen pasaran akan terus pamerkan pemulihan susulan pelabur akan beralih ke arah pelaburan berpulangan tinggi.
Namun, buat waktu ini harga emas masih lagi menunjukkan momentum kenaikan jika diperhatikan pada carta harga XAU/USD.
Harga yang gagal mencecah paras 1900.00 pada Selasa lalu kembali melonjak semula dan kini harga telah bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberi isyarat awal trend bullish.
Kenaikan sehingga sesi New York semalam kembali semula mencapai ketinggian 1950.00 pada zon SBR (support become resistance).
Pergerakan harga pada sesi Asia hari ini sehingga bersambung di sesi Eropah mendatar dan perlahan di bawah zon SBR tersebut.
Harga dijangka akan meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju paras tumpuan pada 1975.00 sebelum ke paras ketinggian 2000.00 semula.
Sebaliknya jika harga membuat penurunan, paras support pada 1900.00 semula sebelum pelabur nantikan reaksi harga di paras tersebut untuk menentukan arah pergerakan selanjutnya.
Pelabur juga melihat mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) sebentar nanti akan turut memberi kesan terhadap pergerakan US dolar dan juga dagangan emas.
Lihat gambar carta pasangan matawang XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI