Menurut Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross, Amerika Syarikat mengenakan tarif baru pada produk kepingan aluminium bernilai $ 1.96 bilion dolar dari 18 negara kerana lambakan produk berkenaan.
Tarif itu segera dikenakan terhadap negara-negara termasuk Jerman dan Bahrain. Begitu juga dengan Brazil, Kroasia, Mesir, Yunani, India, Indonesia, Itali, Oman, Romania, Serbia, Slovenia, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sepanyol, Taiwan dan Turki yang didakwa turut terjejas.
Tambahnya lagi, Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa AS akan membuat penentuan terakhir pada Februari 2021.
Seterusnya, beliau mendedahkan bahawa China tidak termasuk dalam senarai berkenaan kerana tarif AS telah dikenakan ke atas produk aluminium Beijing, yang menyebabkan lebihan kapasiti China mendorong pengeluaran di negara lain dan mengakibatkan lambakan di Amerika Syarikat.
Di samping itu, kadar tarif terbesar akan dikenakan terhadap Jerman dengan 52% hingga 132% diikuti oleh Bahrain dengan kadar satu digit.
Sementara itu, peningkatan penggunaan produk tertentu di AS ketika penularan wabak Covid-19, seperti kenderaan rekreasi dan kapal telah meningkatkan kepentingan harga kepingan aluminium.