Tuntutan pengangguran Amerika Syarikat meningkat pada minggu lepas yang menunjukkan pasaran buruh terkesan dengan penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat.
Jumlah tuntutan pengangguran meningkat kepada angka 778,000 bagi minggu yang berakhir pada 21 November. Bacaan ini mengatasi jangkaan pakar ekonomi yang hanya mensasarkan jumlah angka tuntutan pengangguran adalah sebanyak 733,000. Selain itu bacaan angka minggu lepas juga meningkat dari bacaan dari angka minggu sebelumnya yang mencatat jumlah angka berjumlah 742,000.
Laporan ini dikeluarkan di tengah peningkatan kes Covid-19 dan kebimbangan bahawa sektor kesihatan semakin tertekan.Kes harian rata-rata mencatat 174,225 secara purata sejak minggu lepas. Para pegawai kesihatan telah menzahirkan kekhuatiran bahawa musim perayaan dan acara Thanksgiving akan memicu lagi kes penularan pandemik.
Walaupun tuntutan pengangguran mingguan berada di bawah angka 800,000 selama enam minggu terakhir namun bacaan angka tersebuh masih jauh untuk mencapai angka rekod sebelum penularan pandemik.
Indeks US dolar terus mencatat penyusutan berbanding matawang utama sebanyak 0.15% kepada paras tukaran 92.080.