Pasaran matawang kripto telah menjunam jatuh akibat penurunan harga minyak dan penjualan sahamnya. Keseluruhan nilai matawang kripto mengalami penurunan sebanyak $21.58 bilion berbanding hari sebelumnya.
Bitcoin yang merupakan matawang kripto terbesar mencatatkan kejatuhan sebanyak 8% hanya dalam tempoh 24 jam! Hal ini demikian kerana minyak mintah antarabangsa yang telah merosot sebanyak 30% kepada $31.02 setong iaitu paras terendah sejak Februari 2016.
Kemerosotan ini dicetuskan oleh Arab Saudi yang bertindak menurunkan harga jualan rasmi untuk minyak setelah rundingan OPEC bersama Rusia gagal mencapai persetujuan perjanjian berkenaan pemotongan pengeluaran.
Sementara itu, pasaran saham di Jepun dan Hong Kong telah jatuh secara mendadak manakala saham di Amerika Syarikat mengalami kejatuhan menjunam pada peringkat awal dagangan pada hari ini.
Selain itu, syiling digital yang lain seperti Ethereum, XRP dan Bitcoin merekodkan kerugian sebanyak dua digit peratusan. Meskipun mencatatkan kerugian pada hari ini, Bitcoin dikatakan mengalami peningkatan kira-kira 9% dari tahun ke tahun.
Apa yang terjadi terhadap harga matawang kripto terkini dianggap sebagai sesuatu yang luar biasa walaupun umum mengetahui tentang ketidakstabilannya. Walau bagaimanapun, para pelabur menganggap ianya sebagai satu peluang untuk membeli beberapa bitcoin.