Kenyataan dari seseorang diplomat Kesatuan Eropah (EU) pada hari Jumaat menyatakan bahawa Ketua perunding Brexit Kesatuan Eropah, Michel Barnier mahukan beberapa lagi konsesi dari Britain sebelum memasuki fasa rundingan terakhir mengenai perjanjian perdagangan.
United Kingdom (UK) secara rasmi telah meninggalkan EU pada 31 Januari namun undian pengunduran UK dari EU telah berlaku sejak empat tahun lalu dimana 52% telah mengundi Brexit dalam referendum 2016. Kini , kedua-dua pihak sedang tawar-menawar mengenai kesepakatan perdagangan dimana tarikh akhir adalah pada 31 Disember.
Ketua perunding dari kedua-dua belah pihak iaitu Barnier dan David Frost mengatakan bahawa mereka sedang berusaha untuk mencapai kesepakatan walaupun masih terdapat jurang penting seperti isu penangkapan ikan,persaingan dan pentadbiran. Namun, khabar buruknya, kedua-dua belah pihak mempunyai rancangan ke arah tanpa perjanjian.
Barnier pada hari ini telah memohon agar ada konsesi lanjutan dari UK sebelum memasuki fasa terkahir. Jurucakap Perdana Menteri Boris Johnson juga menyatakan bahawa telah ada kemajuan dalam rundingan walaupun masih berselisih. Kata jurucakap Johsnon, “perbincangan minggu ini adalah bermanfaat dan kemajuan telah dicapai dalam beberapa perkara. Hanya beberapa isu masih berselisih.”
Dengan penularan pandemik Covid-19 semakin berleluasa, Johnson tidak punya banyak pilihan sama ada meneruskan rundingan atau mencari perjanjian perdagangan yang lebih memberi manfaat.