Menurut sebuah majalah kewangan, Huawei Technologies Co akan berhenti membuat chipset Kirin utamanya pada bulan depan berikutan dengan kesan tekanan AS terhadap syarikat teknologi terkemuka China itu semakin meningkat.
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan Pengguna Huawei, Richard Yu, tekanan yang diberikan oleh Amerika Syarikat terhadap pembekal Huawei memberikan impak yang besar serta mempengaruhi pembuatan cip HiSilicon yang merupakan komponen utama untuk telefon bimbit.
Selain itu, hubungan antara 2 buah negara, iaitu Amerika Syarikat dan China semakin parah sejak kebelakangan ini. Oleh yang demikian, Washington telah mendesak pemerintah di seluruh dunia untuk menyingkirkan Huawei, kerana ianya didakwa menjadi indikator para pemerintah China untuk mengintip. Meskipun begitu, Huawei telah berulang kali menafikan dakwaan tersebut.
Tambahan daripada itu, Amerika Syarikat juga dikhabarkan telah campur tangan dalam isu yang membabitkan ketua pegawai kewangan Huawei, Meng Wanzhou, atas tuduhan penipuan bank di Kanada.
Pada bulan Mei yang lalu, Jabatan Perdagangan AS telah mengeluarkan perintah yang meminta agar pembekal perisian dan syarikat teknologi lain untuk tidak menjalankan sebarang urusniaga dengan Huawei tanpa mendapatkan lesen.
Kini, Huawei telah memutuskan untuk menghentikan pembuatan chip terkemuka mereka yang dikenali sebagai Kirin mulai 15 September begitu juga dengan chip mereka yang dinamakan sebagai AI. Berikutan dengan keputusan tersebut, Huawei dijangka bakal menanggung kerugian yang besar.
Hal ini demikian kerana Huawei bergantung kepada perisian dari syarikat AS seperti Cadence Design Systems Inc atau Synopsys Inc untuk pembuatan cipnya dan ianya dibekalkan kepada Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC), yang menggunakan peralatan dari syarikat AS.