Berdasarkan laporan inflasi yang dikeluarkan pada hari ini, Indeks harga pengguna (CPI) yang mengukur perubahan jumlah pembayaran rakyat Amerika bagi barangan harian seperti pakaian dan baju dilaporkan meningkat sebanyak 0.1% pada bulan January, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh pada hari Khamis.
Setakat bulan Januari, harga barangan telah meningkat sehingga 2.5% setahun berbanding tahun sebelumnya, peningkatan tahun ke tahun terbesar sejak Oktober 2018. Manakala CPI teras meningkat sebanyak 2.3% berbanding tahun sebelumnya.
Pengerusi the Fed, Jerome Powell telah mengeluarkan kenyataan pada minggu ini bahawa ekonomi AS berada dalam keadaan yang sangat baik dan menunjukkan prestasi cemerlang. Tambah beliau, the Fed menjangkakan bacaan inflasi akan menghampiri 2%.
Bank pusat A.S pada bulan lepas telah mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedah pada paras stabil. Dijangka bahawa bank pusat akan terus mengekalkan pengamalan polisi monetari pada tahun ini selepas mengurangkan kadar faedah selama 3x pada tahun 2019.
Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan susut sebanyak 0.02% pada paras 98.890 setakat jam 10.00 p.m.