Harga pengguna A.S mencatat peningkatan sederhan pada bulan Disember dan tekanan inflasi bulan sedikit mengungucup. Hal ini membawa indikasi bahwa the Fed berkemungkinan akan mengekalkan kadar faedah setidak-tidaknya pada tahun ini.
Jabatan Buruh A.S melaporkan pada hari Selasa bahawa Indeks harga pengguna meningkat sebanyak 0.2% pada bulan lepas selepas meningkat sebanyak 0.3% pada bulan November. Peningkatan bulanan dalam CPI telah bertumbuh dengan perlahan sejak melonjak sebanyak 0.4% pada bulan Oktober.Sepanjang tahun ini pada bulan Disember, bacaan CPI telah meningkat sebanyak 2.3% selepas naik 2.1% setahun pada bulan November.
Bacaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh A.S ini bagi bulan Disember telah tersasar daripada sasaran pakar ekonomi dimana mereka menjangkakan kenaikan sebanyak 0.3% pada bulan Disember.
Bacaan inflasi pada bulan Disember sedikit perlahan disebabkan penurunan kos kereta dan trak, tiket penerbangan dan kelengkapan rumah dan operasi yang mengimbangi kenaikan harga penjagaan kesihata, pakaian, rekreasi dan insuran kenderaan bermotor.
Dalam tempoh 12 bulan hingga, CPI teras telah meningkat sebanyak 2.3%, peningkatan terbesar sejak Oktober 2018 selepas kenaikan 2.3% pada bulan November.
Bank pusat A.S telah mengekalkan kadar faedah pada bulan lepas dan memberi petunjuk bahwa polisi monetari yang diterapkan mungkin tidak berubah sehingga hujung tahun ini selepas mengurangkan kadar faedah sebanyak 3 kali.