India dan Britain akan mengadakan rundingan mengenai hubungan perdagangan selepas perbincangan di New Delhi hari ini, ketika kedua-dua negara berusaha untuk memulihkan semula ekonomi yang terjejas akibat daripada penularan wabak Covid-19.
Menurut Menteri Luar India, S. Jaishankar, menteri perdagangan dari kedua-dua negara telah mengadakan perbincangan dan mempunyai hasrat yang serius untuk menjalinkan kerjasama dalam sektor perdagangan.
Selain itu, Perdana Menteri Boris Johnson didakwa akan mengadakan lawatan 2 hala ke New Delhi pada Januari 2021 dan agenda pertamanya ialah perdagangan dan pelaburan antara 2 buah negara.
Awal tahun ini, menteri perdagangan India, Piyush Goyal mendedahkan bahawa negara berkenaan terbuka untuk menjalin hubungan dengan Britain dalam perjanjian perdagangan pilihan, yang akhirnya mendorong ke arah perjanjian perdagangan bebas.
Sementara itu, India telah menarik diri dari Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau, perjanjian perdagangan bebas Asia Pasifik, tahun lalu kerana muncul kebimbangan terhadap akses China ke pasaran mereka.
Oleh yang demikian, Britain cuba menjalinkan perjanjian baru, setelah bebas untuk membuat perjanjian dua hala yang dianggap sebagai salah satu keuntungan meninggalkan EU.
Sebelum ini, perdagangan antara Britain dan India berjumlah lebih daripada £ 20 bilion pada tahun 2018.