Bacaan inflasi di UK melonjak kepada 1% setahun pada bulan Julai berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada hari ini. Bacaan ini jauh mengatasi jangkaan penganalisis yang meramalkan bacaan inflasi hanya sekadar mendekati 0.6%.
Bacaan ini membawa indikasi yang baik dan menyakinkan bahawa para pengguna telah kembali membelanjakan wang mereka. Dalam masa yang sama, hal ini juga kembali meningkatkan harapan BoE yang cuba mencapai bacaan 2%.
Namun segelintir penganalisis berpendapat ada 3 sebab bacaan bulan Julai berkemungkinan tidak akan mencipta satu trend:
1. Peningkatan harga ini adala didorong oleh tindakan pengguna yang mula membeli barangan setelah sekian lama menghadkan pembelian semasa perintah kawalan pergerakan.
2. Penganalisis turut berpendapat bahawa corak perbelanjaan yang semasa penularan wabak Covid-19 berkemungkinan tidak lama kerana penyumbang utama pembelian adalah dibawah kategori ‘rekreasi dan budaya’ seperti permainan video.
3. Peningkatan harga masih ditekan oleh keadaan ekonomi yang tidak begitu baik dimana kadar penangguran terus meningkat dan risiko peningkatan jangkitan wabak Covid-19.