Menjadi faktor yang menambahkan lagi pemulihan pasaran, vaksin Moderna telah memberikan keputusan ujian yang memberangsangkan dalam perkembangan penghasilan vaksin Coronavirus.
Keputusan ujian adalah positif dengan tahap antibodi yang tinggi serta tiada kesan sampingan yang ketara terhadap pesakit. Laporan ini telah mendorong peningkatan terhadap pasaran saham seluruh dunia sementara matawang safe-haven termasuk US dolar kembali bergerak lemah.
Faktor ini juga menjadi penghalang penurunan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD pada sesi New York semalam apabila harga kembali menunjukkan kenaikan semula.
Penurunan pada awalnya yang menyambung momentum penurunan harga pada Isnin adalah berikutan faktor kebimbangan rundingan Brexit serta kebarangkalian untuk Bank of England (BOE) mempertimbangkan kadar faedah negatif yang menyebabkan pergerakan lemah matawang Pound.
Namun harga yang turun ke paras penting 1.25000, kembali berpatah arah semula bergerak lebih tinggi selepas gagal menembusi zon RBS (resistance become support) tersebut.
Bersambung pada dagangan Rabu, harga yang bergerak mendatar di sekitar paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, kemudiannya telah melepasi halangan tersebut untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi di sesi Eropah.
Harga bakal menguji semula zon resistance 1.26600 yang masih gagal ditembusi sejak minggu lalu.
Kenaikan yang berjaya melepasi zon tersebut bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru berkemungkinan ke zon resistance seterusnya dalam julat harga 1.27500-1.28000.
Namun jika penurunan harga kembali dipaparkan, zon RBS 1.25000 akan menjadi tumpuan semula dan jika harga berjaya turun lebih rendah, zon tumpuan seterusnya adalah pada 1.23600 dan zon support 1.22500.
Pelabur akan memberi tumpuan terhadap data pekerjaan UK pada Khamis untuk isyarat lebih jelas pergerakan matawang Pound dalam pasaran.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI