Menteri Britain, Steve Barclay tampil memberi ulasan mengenai perkembangan rudingan Brexit antara Kesatuan Eropah (EU) dan UK pada hari Selasa. Sejak akhir-akhir ini timbul persoalan dalam kalangan pasaran apakah jurang perbezaan menjadi semakin besar dan menyebabkan kecenderungan mereka mula beralih.
Barclay mengatakan bahawa bagi meningkatkan keyakinan pasaran dan kebaikan kedua-dua belah pihak, EU perlu seiring dalam rundingan dengan UK demi kepentingan untuk mencapai persetujuan dalam pejanjian perdagangan.
Tambah beliau, setakat ini asas yang menjadi sebab kedua-dua belah pihak masih belum mencapai persetujuan adalah masih sama. Walaubagaimanapun, kedua-dua belah pihak telah menujukkan tekad dan berusaha lebih keras untuk mencapai persetujuan.
Persetujuan tidak dapat dilakukan walaupun Perdana Menteri UK, Boris Johnson menyetujui usulan yang diutarakan oleh EU namun ia turut memerlukan EU bertoleransi dengan permintaan UK.
Britain secara rasmi meninggalkan EU pada bulan Januari, dan kini berada dalam tempoh fasa peralihan. Dalam tempoh ini UK masih berada di bawah peraturan perdagangan EU. Walaubagaimanapun, semua itu akan berakhir pada 31 Disember dan jika pada waktu tersebut belum ada kesepakatan maka kedua-dua belah pihak harus menanggung kos bernilai perdagangan yang bernilai $ 1 triliun dolar setahun.
Matawang pound sterling mengukuh hampir 0.51% berbanding US dolar pada paras tukaran $ 1.3390, melonjak naik daripada paras terendah yang dicatat pada hari Jumaat lepas iaitu pada paras tukaran $1.3135.