Dagangan Pound Sterling pada minggu ini dijangka bergelora dengan beberapa data ekonomi utama yang menjadi perhatian para pelabur.
Laporan data pekerjaan UK bakal diterbitkan pada Selasa awal sesi Eropah bermula. Pelabur bakal berhati-hati menjangkakan penyusutan buat matawang Britain ekoran penularan wabak pandemik yang masih memberi kesan terhadap sektor buruh.
Sementara pada Rabu, bacaan awal pertumbuhan GDP UK untuk suku kedua diramalkan menjunam sehingga -20.5%, penurunan terbesar dengan catatan dua digit pada angka bacaan.
Turut memberi tekanan apabila kebimbangan geombang penularan pandemik di UK telah mencetuskan arahan perintah berkurung di ibu kota London berkemungkinan dilaksanakan sepenuhnya pada bulan hadapan.
Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD turut menunjukkan penurunan nilai Pound berbanding US dolar pada penghujung minggu lalu.
Dan pergerakan harga juga lebih dipacu oleh kesan perubahan nilai bagi matawang US dolar yang dipengaruhi oleh reaksi para pelabur.
Harga yang bergerak membuat kenaikan menguji zon resistance di bawah paras 1.32000 kemudiannya kembali turun semula sehingga dagangan penghujung minggu lalu berakhir.
Harga turut bergerak turun lebih rendah di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang menunjukkan trend penurunan bakal bermula.
Pergerakan harga perlahan pada awal dagangan minggu ini pada carta GBP/USD, namun masih berada di bawah paras MA50.
Harga berkemungkinan meneruskan penurunan dan kembali menguji zon RBS (resistance become support) di sekitar paras 1.30000.
Penurunan lebih rendah pula bakal menuju zon RBS seterusnya dalam julat harga sekitar 1.29000-1.28500.
Namun jika harga kembali melonjak semula melepasi halangan dinamik MA50, zon resistance di bawah paras 1.32000 akan kembali diuji.
Kenaikan melepasi paras tersebut bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru harga sejak awal Januari lalu.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI