Menjelang hari terakhir mesyuarat FOMC, penganalisis menjangkakan bahawa the Fed bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk memperbaiki ekonomi.
Menurut Rick Rieder yang merupakan ketua pegawai pelaburan di BlackRock berpendapat bahawa tidak akan banyak perkara baru akan diumumkan pada pertemuan hari ini namun persediaan untuk pertemuan pada bulan Septembr akan dirangka.
Tambah beliau, the Fed akan mempertimbangkan langkah-langkah seperti pengawalan hasil, panduan kadar inflasi, kadar faedah dan pembelian lebih banyak aset. Federal Reserve (The Fed) pada hari Selasa telah mengumumkan untuk memperpanjangkan program pinjaman kepada sektor perniagaan, kerajaan dan individu sehingga akhir tahun 2020.
Pada asalnya program pinjaman yang merangkumi pelbagai kemudahan bermula dari kemudahan kredit untuk perniagaan kecil sehingga pembelian bon tidak berkualiti ini akan berakhir pada 30 September. Namun kini dengan pengumuman terbaru program pinnjaman tersebut akan dilanjutkan sehingga 31 Disember.
Inisiatif ini diperkenalkan bagi mengatasi impak dari krisis Covid-19 yang telah mengekang pertumbuhan pasaran sehingga menyebabkan The Fed harus mempelbagaikan langkah pencegahan seperti kemudahan kredit.
Pasaran kini lebih menumpukan pada tentang jenis pakej rangsangan yang akan dipersetujui oleh Kongres. Senat Republikan telah mengusulkan $1 trillion dan berkemungkinan lebih daripada jumlah tersebut. Bil tersebut merangkumi peningkatan faedah penganggurang yang akan berakhir pada hari Jumaat ini.