Kini persoalan mengenai kedudukan rundingan hubungan perdagangan antara Kesatuan Eropah (EU) dan UK telah terjawab, dimana EU dan pentadbiran UK telah memutuskan menambah baik perbincangan Brexit yang akan datang. Pada ketika ini kedua-dua buah pihak sedang mengkhuatiri bahawa kesepakatan perdagangan tersebut tidak dapat dicapai pada akhir tahun ini.
Perdana Menteri UK Boris Johnson telah mengadakan perbincangan dengan pegawai Eropah pada hari Isnin yang menumpukan tentang cara terbaik untuk memperhebatkan lagi rundingan perdagangan dimana rundingan ini telah berlangsung sebanyak 4 pusingan dan belum menampakkan hasil yang signifikan.
UK secara rasmi telah berundur daripada Kesatuan Eropah pada Januari yang lalu namun masih berada dalam fasa peralihan sehingga kesepakatan peraturan perdagangan baru dengan EU dicapai.
Pada hari Jumaat yang lalu, UK mengesahkan bahawa pihak mereka tidak akan melanjutkan tempoh peralihan dan perudningan selepas bulan Disember pada tahun ini. Justeru dapat dijangka bahawa tekanan semakin meningkat kerana tempoh berbaki hanya tinggal 1/2 tahun.
Boris Johnson disertai oleh menteri Kabinet Michael Gove dan ketua perunding David Frost hari bersidang melalui panggilan video dengan Charles Michel, presiden Majlis Eropah, Ursula von der Leyen, presiden Suruhanjaya Eropah, dan David Sassoli, presiden parlimen Eropah.
Kemudiannya akan disusuli oleh siri persidangan mingguan secara rasmi selama lima minggu dari 29 Jun, dengan melihat permasalahan teknikal secara terperinci. Persidangan akan datang ini merupakan kali pertama kedua-dua belah pihak akan mengadakan rundingan secara bersemuka.
Ketua perunding EU Michel Barnier menyatkan tekad beliau bahawa kedua-dua belah pihak menjadikan rundingan ini ada kemajuan dalam perkara-perkara utama. Setakat ini telah ada rancangan untuk mengadakan rundingan mingguan yang akan menumpukan isu-isu penting. Jadual kerja baru juga akan merangkumi beberapa perjumpaan secara bersemuka.