Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan pengangguran mencatat peningkatan pada minggu lalu buat pertama kalinya setelah hampir 4 bulan. Hal ini membawa indikasi pertumbuhan yang ditunjukkan dalam pasaran buruh semakin terbatas di tengah-tengah peningkatan kes Covid-19.
Tuntutan awal faedah pengangguran meningkat kepada 1.416 juta bagi minggu yang berakhir pada 18 Julai berbanding minggu sebelumnya yang mencatat bacaan 1.307 juta sebagaimana berdasarkan kenyataan Jabatan Tenaga Buruh pada hari Khamis. Peningkatan ini merupakan peningkatan mingguan pertama sejak minggu yang berkahir pada 28 Mac dimana tuntutan pengangguran mencapai sehingga 6.867 juta disebabkan penutupan beberapa sektor perniagaan.
Bacaan pada minggu lepas juga tersasar dari ramalan ahli ekonomi Reuters yang meramalkan hanya 1.3 juta tuntutan pengangguran. Para ahli ekonomi menjangkakan pertumbuhan pekerjaan akan jatuh pada bulan ini setelah melonjak kepada 4.8 juta pada bulan Jun. Pertumbuhan pekerjaan pada bulan lalu adalah didorong oleh program perlindungan gaji pemerintah yang memberikan pinjaman kepada sektor perniagaan.
Laporan yang dikeluarkan yang dikeluarkan pada hari Khamis menunjukkan sejumlah rakyat A.S yang menerima faedah setelah pada minggu awal bantuan turun menjadi 16.197 pada minggu yang berakhir pada 11 Julai berbanding minggu sebelumnya pada 17.304 juta.
Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan sedikit kukuh dengan pengukuhan sebanyak 0.13% pada paras 95.045 setakat jam 09.20 p.m.