Dalam satu temubual, jutawan pelaburan, Tim Draper menggalakkan golongan muda untuk membeli bitcoin. Menurut laporan yang dikeluarkan, beliau menyatakan kepercayaannya terhadap kepentingan bitcoin bagi generasi milenium dalam usaha memperoleh kewangan yang kukuh lebih-lebih lagi setelah bersara.
Selain itu, beliau menyifatkan bahawa sistem perbankan sedia ada sudah ketinggalan zaman. Tambahan daripada itu, Tim Draper juga menyalahkan industri perbankan yang menyebabkan golongan muda terpaksa menanggung bebanan hutang yang banyak. Dengan kadar gaji semasa yang tidak mencukupi, jadi mereka tidak mampu untuk menjelaskan pembayaran hutang.
Di samping itu, generasi muda turut terpaksa menyewa gara-gara keperluan yang mendesak.
Oleh yang demikian, Tim Draper mencadangkan supaya golongan milenium mula membina empayar mereka dengan menggunakan model baru yang tidak dikenakan apa-apa caj atau terikat dengan peraturan berkaitan transaksi.
Justeru itu, ramai yang mempercayai bahawa Bitcoin merupakan salah satu jalan penyelesaian kepada sistem kewangan yang berasaskan hutang dan kadar inflasi. Hal ini demikian kerana para pelabur yang akan menetapkan harga di BTC dan tidak akan melibatkan matawang tempatan mereka.
Jika harga tersebut ditetapkan dalam matawang fiat tempatan, kadar inflasi tetap akan mempengaruhi setiap harga barangan dan perkhidmatan.