Platform perbankan kripto atas talian, Cashaa dan United Multistate Credit Cooperative Society telah melancarkan bank kripto fizikal pertama dunia, Unicas.
Bank kripto Unicas pada awalnya ditubuhkan di atas talian sebelum dilancarkan secara fizikal.
Pelancaran tersebut membuktikan industri kripto di India mendapat sambutan baik walaupun masih belum ada kepastian dalam perundangan berkaitan matawang kripto.
Cawangan pertama Unicas dibuka di Jaipur, India.
Pengguna Unicas berpeluang menjalankan transaksi dalam matawang kripto dan matawang negara, INR menerusi akaun yang sama.
Secara umumnya, bank kripto tersebut menyediakan perkhidmatan yang sama seperti bank konvensional, termasuk menyediakan pembelian dan penjualan aset kripto serta pinjaman terhadap aset digital.
Cashaa turut memberitahu mereka bercadang untuk melebarkan sayap Unicas dengan membuka lagi 14 cawangan menjelang Januari 2021.
Manakala sebanyak 100 cawangan dijangka akan dibuka sebelum berakhir 2022.