Menjelang dagangan hujung minggu, harga minyak sedikit turun dari paras ketinggian terbaru 9 bulan yang direkodkan pada hari Khamis di tengah-tengah peningkatan berterusan kes Covid-19 seluruh dunia.
WTI Amerika Syarikat susut 16 sen dengan kekal didagangkan menguat pada $48.20 setong, sementara minyak mentah Brent turun 23 sen pada $51.27 setong.
Kedua-dua penanda aras telah meningkat ke paras tertinggi terbaru 9 bulan pada hari Khamis, didorong oleh keyakinan pasaran terhadap kemajuan dalam rundingan pakej rangsangan Covid-19 AS dan kejatuhan US dolar ke paras terendah 2 setengah tahun.
Nilai US dolar yang lemah menjadikan harga minyak mentah lebih murah dalam matawang lain.
Penganalisis mengatakan sentimen pasaran masih meningkat dengan sokongan prospek kesepakatan dalam rangsangan AS yang akan segera berlaku dan membantu meningkatkan permintaan.
Pelaksanaan pengedaran vaksin yang berterusan juga membantu melindungi pasaran dari jatuh lebih rendah.
Dengan peningkatan berterusan berikutan sentimen positif pasaran, dagangan minyak mintah bersedia untuk kenaikan tujuh minggu berturut-turut pada minggu ini.
Setakat ini, jumlah keseluruhan kes coronavirus seluruh dunia semakin menghampiri angka 75 juta, sementara kematian pula melebihi 1.66 juta orang, menurut Johns Hopkins University.