Britain dan Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan hampir mencapai kesepakatan mengenai isu hak keselamatan sosial untuk para rakyat setelah Brexit. Kedua-dua pihak menyatakan bahawa perbincangan minggu lalu adalah salah satu paling positif setakat ini.
Diplomat Kesatuan Eropah menyatakan bahawa EU kini sedia untuk komited berunding sehingga akhir pertengahan November. Hal ini adalah lebih baik daripada menghentikan rundingan pada awal bulan depan dan mengelak terjadinya senario “tanpa perjanjian”.
Walaupun tiada solusi bagi tiga isu yang bersifat kontroversi ini iaitu hak memancing, jaminan persaingan yang adil dan cara penyelesaian perselisihan pada masa hadapan, namun secara keseluruhan prospek kesepakatan adalah lebih cerah berbanding sebelumnya.
Laporan mengenai perkembangan isu ini dikeluarkan menjelang perbincangan lanjut di London yang akan diteruskan pada hari Rabu. Rundingan akan datang akan membincangkan mengenai perdagangan dua hala yang bernilai trilion euro.
Para pelabur dan ahli perniagaan masih merasakan cemas kerana kesepakatan masih belum dicapai untuk memastikan
perdagangan dijalankan tanpa tarif dan kuota. Matawang pound sterling mencatat pengukuhan berbanding US dolar setakat jam 10.40 p.m