Berbaki beberapa hari sahaja lagi tahun 2020 bakal melabuhkan tirainya, salah satu tumpuan pasaran saat ini pastinya tertumpu pada dua pilihan raya yang akan berlangsung 5 Januari 2021 di Georgia.
Pilihan raya ini dibuat memandangkan tiada calon yang mendapat suara majoriti dalam pemilihan presiden baru-baru ini, 3 November 2020. Ia juga akan menentukan parti mana yang akan mempunyai kuasa majoriti di Senat Amerika Syarikat.
Antara calon yang akan bertanding adalah David Perdue dari parti Republik dan Jon Ossoff dari Demokrat untuk pilihan raya biasa. Sementara Kelly Loeffler (R) dan Raphael Warnock (D) pula akan bertanding dalam pemilihan khas yang diadakan untuk mengisi baki penggal Senator Johnny Isakson (R) yang sudah bersara.
Parti Republikan kini memperoleh 50 kerusi di Senat, dan mereka hanya perlu memenangi salah satu daripada pemilihan. Sementara Demokrat pula yang memiliki 48 kerusi, perlu memenangi kedua-dua pilihan raya untuk membahagikan kawalan Senat kepada 50-50.
Oleh kerana Naib Presiden, Kamala Haris mempunyai kuasa untuk memilih sekiranya berlaku undian seri, ini akan memberikan Demokrat majoriti efektif jika mereka menang.
Sekiranya Demokrat mempunyai kuasa majoriti dalam Senat, ini akan memudahkan Presiden terpilih Joe Biden untuk melaksanakan lebih banyak rangsangan dan membantu pemulihan ekonomi dari kesan pandemik coronavirus.
Oleh itu, pasaran perlu berhati-hati terhadap risiko yang akan timbul susulan pilihan raya ini.