Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell memberi amaran kepada penggubal undang-undang bahawa ekonomi Amerika Syarikat tetap berada dalam keadaan tidak menentu walaupun terdapat perkembangan positif mengenai vaksin Covid-19.
Dalam nota yang diterbitkan pada hari Isnin sebelum keterangan Powell di hadapan Jawatankuasa Senat Perbankan malam ini, Powell memberitahu bahawa berita terbaru mengenai vaksin adalah sangat positif untuk jangka masa sederhana.
Bagaimanapun, buat masa ini, cabaran dan ketidakpastian mengenai vaksin tetap ada, termasuk mengenai masa, pengeluaran dan pengedaran serta keberkesanan ke atas pelbagai golongan.
Powell juga menyatakan kebimbangan terhadap kebangkitan semula wabak pandemik coronavirus di Amerika Syarikat dan seluruh dunia dengan mengatakan ia membawa cabaran untuk beberapa bulan akan datang.
Namun begitu, beliau tidak memberikan petunjuk bagaimana bank puat akan bertindak balas terhadap kebimbangan tersebut pada mesyuarat polisi FOMC kelak yang dijadualkan pada 15-16 Disember.
Sementara itu, dalam pernyataan berasingan yang akan disampaikan apda sidang yang sama, Setiausaha Perbendaharaan Mnuchin mencadangkan supaya Kongres menggunakan semula dana $455 bilion yang tidak digunakan untuk kemudahan pinjaman tambahan.