Bursa Saham Tokyo mengesahkan bahawa mereka akan memulakan semula dagangan pada hari Jumaat setelah ditutup sepanjang hari pada hari ini. Ianya merupakan insiden yang pertama kali berlaku dalam sejarah serta telah membekukan pembelian dan penjualan ribuan syarikat dalam keadaan terburuk di pasaran ekuiti ketiga terbesar di dunia.
Lebih malang lagi, semua pesanan pada hari ini telah dibatalkan, dan harga pembukaan ketika sesi dagangan dimulakan semula akan menjadi harga penutupan pada hari Rabu.
Hal ini demikian kerana masalah teknikal yang dihadapi lalu memutuskan untuk menghentikan sesi dagangan sepanjang hari setelah berunding dengan peserta pasaran, yang mengatakan akan sukar untuk berurusan dengan pelanggan mereka dan melaksanakan pesanan.
Sehubungan dengan itu, ianya telah mempengaruhi sentimen pelabur berikutan prestasi pasaran saham AS yang positif semalam dan penutupan di pasaran utama lain di rantau ini, termasuk China, Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan untuk cuti umum.
Selain itu, ianya turut terjadi pada hari pertama suku baru dan separuh kedua tahun fiskal Jepun, ketika jumlah dagangan biasanya tinggi kerana melibatkan banyak dana.
Untuk pengetahuan semua, penutupan tersebut adalah kali pertama sejak bursa berkenaan beralih kepada sistem elektronik sepenuhnya pada tahun 1999. Sebelum ini, masalah sistem yang dihadapai hanya mempengaruhi sebahagian daripada sesi dagangan.
Oleh itu, Agensi Perkhidmatan Kewangan sedang mempertimbangkan untuk memerintahkan bursa tersebut untuk mengeluarkan laporan yang memperincikan penyebab gangguan dan langkah-langkah yang akan diambilnya untuk mencegah kejadian itu berulang.