Sejarawan ekonomi, Niall Ferguson mencadangkan kepada bakal presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden untuk menyatukan teknologi matawang kripto Bitcoin (BTC) ke dalam sistem kewangan negara itu.
Menurutnya, pentadbiran Biden wajar menfokuskan kepada manfaat BTC yang mana diwujudkan dengan ciri kurang berpusat dan menjaga privasi pengguna berbanding sistem yang menghadkan penggunaan masyarakat.
Cadangan Ferguson itu didedahkan dalam satu perkongsian op-ed Bloomberg pada hari ini.
Figura tersebut merupakan bekas pengkritik BTC dan pernah tersenarai sebagai salah seorang 100 individu berpengaruh oleh Time pada 2004.
Ferguson turut menyifatkan maklumat kewangan pengguna perlu dilindungi oleh Bitcoin berbanding Alipay, platform pembayaran terbesar China.
Cadangannya didorong oleh ciri utama BTC, scarcity (terhad) yang menampung kekurangan melibatkan tempoh transaksi yang perlahan, caj transaksi yang mahal di bursa berpusat seperti Coinbase dan penggunaan tenaga yang tinggi.
“Kelebihan scarcity adalah ketika bekalan wang tunai berlambakan.” ujarnya.
Rata-rata melihat cadangan Fegurson sebagai usul yang positif dalam sistem kewangan AS. Namun, segala keputusan bergantung kepada idea Biden mengenai Bitcoin.
Setakat ini bakal presiden itu telah rasmi mencalonkan Janet Yellen bekas pengerusi Federal Reserve sebagai setiausaha perbendaharaan.