Harga saham Duopharma Biotech menunjukkan peningkatan yang konsisten sejak Julai dan dijangka mengekalkan prestasinya selepas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkatkan pegangan sahamnya dalam Duopharma.
Seorang penganalisis pasaran berkata para pelabur runcit biasanya mengikuti pergerakan para pelabur institusi yang melakukan trend ‘buy low sell high’.
“Dua syarikat farmaseutikal terkemuka di negara ini, Pharmaniaga yang dimiliki Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Duopharma bakal menerima durian runtuh sebaik sahaja vaksin Covid-19 tersedia.
“Disebabkan itu, prospek ‘buy’ dikekalkan untuk jasa masa panjang,” ujarnya.
Dari segi pegangan saham, pemegang saham terbesar Duopharma ialah Yayasan Pelaburan Bumiputera (46.5%), KWSP (7.82%) dan Permodalan Nasional Bhd (4.94%).
Setakat pukul 12.27 tengah hari tadi, saham Duopharma meningkat kepada RM3.40 berbanding RM3.35 ketika dibuka pada sesi dagangan pagi tadi.