Jabatan Statistik Kanada melaporkan jualan runcit dilaporkan tidak berubah pada bulan Disember iaitu sebanyak $51.6 billion. Bacaan yang mendatar pada bulan ini adalah sama sebagaimana yang dilaporkan pada bulan November iaitu dengan kenaikan 1.1%.
Ahli ekonomi secara purata menjangkakan kenaikan 0.1 peratus pada bulan Disember, menurut firma data pasaran Refinitiv. Angka yang dicatat pada bulan Disember ini ini sedikit tesasar daripada jangkaa pasaran.
7 daripada 11 sub sektor yang merangkumi 49% perdagangan runcit telah mencatat peningkatan dalam jualan. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Kanada, jualan yang lebih tinggi tercatat dalam bahan-bahan pembinaan, peralatan pertanian dan bekalan perniagaan pada bulan Disember termasuk kedai makan dan minuman. Walaubagaimanapun, keuntungan tersebut terbatas berikutan jualan yang lebih rendah dalam jualan kenderaan bermotor dan stesen minyak.
Jualan runcit untuk 2019 berjumlah $ 615 bilion, naik 1.6 peratus dari tahun 2018. Setakat ini matawang US dolar mencatat penyusutan berbanding matawang CAD sebanyak 0.02% pada kadar 1.3256 setakat jam 10.10 p.m.