Jumlah tuntutan faedah pengangguran awal pada minggu lalu mencatat peningkatan lebih tinggi daripada jangkaan para pakar ekonomi. Pasaran buruh masih meneruskan pemulihan dari wabak Covid-19 walaupun dalam kadar yang perlahan.
Jabatan Tenaga Kerja melaporkan pada hari Khamis bahawa tuntutan pengangguran awal untuk minggu yang berakhir pada 19 September adalah pada bacaan 870,000. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan oleh Dow Jones menjangkakan bahawa tuntutan pengangguran dijangka akan mencatat 850,000 jumlah tuntutan, turun sedikit daripada bacaan minggu sebelumnya iaitu pada 860,000.
Jumlah tuntutan pengangguran berterusan dilaporkan meningkat kepada 12.580 juta. Angka pada minggu lalu dinilai semula kepada 12.747 juta.
Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh pada paras 94.558 dengan naik sebanyak 0.13% setakat jam 08.55 p.m.