Satu berita gembira buat pelabur Bitcoin (BTC) apabila Federal Reserve mengumumkan keputusan mereka untuk mengekalkan kadar faedah rendah untuk jangkaan tiga tahun akan datang.
Ketika diumumkan, harga BTC didagangkan sekitar $11,022.90, meningkat 2.4% dalam tempoh 24 jam.
Harga BTC dilihat mencecah $11,071.33 untuk seketika selepas pengumuman tersebut. Manakala, Indeks S&P 500 meningkat kepada 0.35%.
The Fed mengambil keputusan tersebut dengan tujuan untuk meningkatkan kadar inflasi lebih daripada 2% dengan kadar faedah kekal pada 0%.
Perubahan ini sememangnya bukan satu masalah buat BTC, sebagai simpanan nilai memandangkan ia terselamat daripada inflasi dengan had tetap berjumlah 21 juta syiling.
Keputusan ini juga mendorong kepada penyusutan nilai dolar ketika bank pusat berusaha untuk menghidupkan ekonomi yang tenggelam kerana wabak COVID-19.
Sejak beberapa tahun yang lalu, kedudukan BTC kukuh dengan simpanan nilainya yang tidak dipengaruhi dengan harga pasaran konvensional dan kawalan kerajaan.
Malah, baru-baru ini MicroStrategies dan Paul Tudor Jones telah bergabung dengan ekosistem BTC sekaligus meningkatkan lagi kredibiliti koinnya, walaupun teknologi itu masih belum menerima persetujuan sepenuhnya.