Matawang Pound Sterling gagal mencatatkan pengukuhan pada dagangan semalam walaupun data inflasi UK diterbitkan meningkat.
Indeks harga pengguna (CPI) UK pada Januari mencatatkan kenaikan kepada 1.8% lebih tinggi mengatasi jangkaan 1.6% daripada bacaan 1.3% bulan Disember 2019. Angka tersebut adalah tertinggi dalam tempoh 6 bulan.
Menambahkan tekanan buat dagangan Pound berikutan negara anggota Eropah gagal menyatakan persetujuan dalam rundingan peraturan perdagangan bersama UK selepas Brexit.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD semalam, harga gagal membuat kenaikan melepasi halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jamg pergerakan harga sebelum penurunan ketara pada sesi New York.
Penurunan turut didorong oleh pengukuhan matawang US dolar susulan data ekonomi yang diterbitkan baik seterusnya minit mesyuarat FOMC yang melihatkan pendirian bank pusat Federal Reserve untuk meneruskan tindakan mengekalkan kadar faedah.
Harga telah membuat penuruan harian sekitar 110 pips, dari paras ketinggian 1.30200 sehingga ke paras 1.29000 pada sesi New York sebelum menutup dagangan di paras sekitarnya.
Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga meneruskan penurunan ke paras lebih rendah dan mula menunjukkan kenaikan pada sesi Eropah selepas data jualan runcit UK untuk bulan Januari diterbitkan meningkat 0.9% mengatasi jangkaan 0.6%.
Penurunan harga dilihat akan menuju zon support pada 1.28700 yang diuji pada awal minggu lalu sebelum harga bergerak membuat kenaikan semula.
Penurunan lebih rendah akan menguji zon support lebih rendah berkemungkinan ke paras sekitar 1.28200.
Namun jika kenaikan harga dipamerkan, antara paras penting yang akan menjadi tumpuan adalah pada zon SBR (support become resistance) sekitar1.29500.
Dan kenaikan seterusnya akan cuba menembusi halangan MA50 sebelum menguji paras 1.30000.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.