Goldman Sachs menjangkakan pemulihan ekonomi berbentuk ‘V’ bagi ekonomi global berbanding apa yang dijangkakan sebelum ini. Pemulihan berbentuk V akan lebih dapat dicapai jika vaksin Covid-19 telah ditemukan.
Saham global melonjak pada hari Isnin setelah Pfizer dan BioNTech mengumumkan bahawa vaksin Covid-19 mereka catat tahap keberkesanan lebih daripada 90% untuk mencegah pandemik.
Laporan ramalan ini dikeluarkan setelah kemenangan pilihan raya Presiden A.S yang dimenangi oleh Joe Biden. Kedua-dua perkembangan ini dipercayai mungkin mempengaruhi ramalan pertumbuhan global. Dalam tinjauan ekonomi global 2021, yang diterbitkan pada hujung minggu, Goldman Sachs mengatakan ia kini menjangkakan rangsangan pakej fiskal diumumkan.
Dalam masa yang sama, selain daripada prospek pertumbuhan ekonomi, Ketua ekonomi Goldman Sachs Jan Hatzius mengatakan akan terdapat gelombang baru Covid-19 bagi negara Eropah dan A.S. Hal ini menyebabkan kebanyakkannya ekonomi negara Eropah kembali melaksanakan perintah berkurung separa.
Bank menjangkakan penguncupan KDNK global sebanyak 3.9% pada tahun 2020, sedikit lebih baik daripada konsensus 4%, diikuti oleh pengembangan 6% pada tahun 2021 (berbanding konsensus 5.2%) dan 4.6% pada tahun 2022 (berbanding konsensus 3.7% ).
Dengan harapan akan adanya vaksin pada bulan Januari, pertumbuhan ekonomi akan meningkat pesat pada suku kedua.