Pada hari ini, Menteri Kewangan Singapura mengumumkan lebih banyak langkah sokongan ekonomi yang bernilai USD $5.8 bilion atau $8 bilion dolar Singapura bagi mengatasi impak penularan wabak Covid-19 terhadap sektor perniagaan dan pekerja.
Heng Swee Keat yang merupakan timbalan Perdana Menteri Singapura dan juga Menteri Kewangan, menyatakan pemerintah berhasrat membiayai langkah ini dengan memperuntuk semula wang daripada bidang lain, seperti perbelanjaan pembangunan yang tertangguh kerana Covid-19.
Dalam pengumuman tersebut, Heng Swee Keat juga menyatakan kerajaan akan melanjutkan skim sokongan gaji pekerja sehingga Mac tahun hadapan. Dalam masa yang sama program bantuan sebanyak $1 bilion akan disalurkan untuk mendorong firma menggajikan pekerja.
Singapura merupakan salah satu negara yang memiliki keterbukaan ekonomi yang tinggi di dunia dan setakat ini negara tersebut telah membelanjakan hampir S $100 bilion ($ 73 bilion) bagi mengatasi impak wabak Covid-19.
Setakat ini Singapura telah mencata 55,838 kes jangkitan positif dan 27 kes kematian. Disisi lain pergerakan rentas sempadan Malaysia dan Singapura juga mula dibuka pada hari ini.