Pada hari ini, para pihak pentadbiran Rumah Putih (White House) telah memberi ulasan terbaru mengenai perkembangan rundingan pakej rangsangan Covid-19. Rumah Putih mengatakan pada hari Selasa bahawa terdapat potensi bahawa kesepakatan dapat dicapai dalam beberapa minggu. Kenyataan ini menimbulkan bahawa kesepakatan dapat dicapai dengan Kongres sebelum pilihan raya 3 November walaupun kes pandemik Covid-19 di Amerika Syarikat semakin meningkat.
Jurucakap Rumah Putih, Alyssah Farah mengatakan bahawa pihak Rumah Putih dapat memperoleh sesuatu dalam beberapa minggu akan datang. Kenyataan ini dibaca oleh sesetengah pihak sebagai salah satu indikasi bahawa terdapat perselisihan yang berterusan mengenai bantuan tambahan untuk kerajaan negeri dan tempatan, dan bantuan kewangan langsung kepada individu.
Disisi lain, pada hari Isnin, jurucakap Speaker Dewan Rakyat Nancy Pelosi mengatakan bahawa dia berharap kesepakatan dapat dicapai sebelum pilihan raya walaupun isu utama perselisihan masih ada.
Kedua-dua pihak masih bertentangan dengan perlunya dana rangsangan persekutuan lanjutan untuk mengatasi penularan pandemik yang sedang berlaku sejak Dewan Perwakilan A.S. yang dipimpin oleh Demokrat meluluskan dana rangsangan pada bulan Mei.
Pihak yang bersama Donald Trump juga menyatakan penolakan terhadap lanjutan pakej rangsangan walapun Trump telah mengusulkan jumlah yang lebih besar daripada apa yang dicadangkan oleh Demokrat.
Amerika Syarikat kini sedang berhadapan lonjakan kes jangkitan positif Covid-19 dalam dua minggu berturut-turut.