Ketua bank pusat Perancis, Francois Villeroy de Galhau pada hari Rabu menyatakan bahawa bank pusat Eropah harus lebih memberi penekanan pada mandat skundernya yang meliputi kestabilan kewangan dan tujuan ekonomi blok yang lebih luas.
Objektif utama bank pusat bukan sahaja untuk memenuhi sasaran inflasi namun juga memiliki tanggung jawab untuk mendukung dasar ekonomi Kesatuan Eropah (EU) dengan lebih bersepadu.
Tambah Villeroy, memperbaiki rincian dalam mandat kedua dengan menggunakan pemboleh ubah yang meliputi capaian yang lebih luas termasuk aset institusi kewangan dan KDNK nominal kerana hal ini dapat membantu untuk ECB mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Sejak hampir satu dekad, ECB mencatat kadar inflasi kurang dari sasaran dan ini telah menyebabkan ECB dituduh telah memberikan begitu banyak rangsangan sehingga menjejaskan kestabilan kewangan dan bukan itu sahaja ia juga boleh membawa kepada krisis kewangan pada masa hadapan.
Dalam masa yang sama, Villeroy berpendapat bahawa tujuan ECB sudah hampir sama dengan strategi the Fed yang diumumkan kebelakangan ini.