White House dan Demokrat di Kongres AS sebelum ini dilaporkan semakin hampir dengan kesepakatan mengenai pakej bantuan pandemik Covid-19 baru ketika Presiden Donald Trump mengatakan beliau bersedia menerima pakej bantuan yang lebih besar walaupun mendapat tentangan dari Parti Republikannya sendiri.
Dalam laporan berbeza, Speaker Dewan Nancy Pelosi menyatakan bahawa beliau menjangkakan persetujuan terhadap pakej bantuan adan dicapai pada akhir minggu ini.
Terkini, penasihat ekonomi Gedung Putih Larry Kudlow memberi kenyataan pada hari Rabu bahawa rundingan mengenai rang undang-undang bantuan Covid-19 dengan pemimpin Demokrat Dewan Perwakilan berjalan dengan lancar.
Dalam temubual dengan CNBC, Kudlow menyifatkan bahawa rundingan yang dijalankan itu ibarat ‘matahari terbit’ . Beliau juga menambah bahawa, beliau tidak menjanjikan apa-apa namun keadaan semakin baik dan dijangka akan bertambah baik.
Dolar Amerika menyusut pada hari ini, kepada paras rendah pada tukaran 92.53 dengan penurunan sebanyak 0.56% berbanding sekumpulan mata wang utama, ketika para pelabur menunggu hasil rundingan rangsangan fiskal AS.