Dagangan USD menyusut berbanding matawang utama ketika perkhabaran positif mengenai ujian vaksin Covid-19 oleh firma bioteknologi Jerman BioNtech dan syarikat gergasi farmasi AS Pfizer terus menyokong sentimen pasaran.
Ujian peringkat awal yang dijalankan ke atas manusia yang melibatkan 45 orang sukarelawan itu, menunjukkan keputusan positif dengan menghasilkan antibodi terhadap virus SARS-CoV-2 (Covid-19).
Dolar greenback menyusut ke paras terendah satu minggu pada 96.93, menjelang daripada penerbitan laporan pekerjaan NFP malam ini yang dijangka akan terus mencatatkan pertumbuhan dengan kenaikan sebanyak 3 juta pada bulan Jun.
Sementara itu, matawang pound dan euro terus mengekalkan momentum pengukuhannya sehingga ke sesi Eropah, di tengah-tengah kelemahan US dolar yang menantikan rangsangan laporan NFP.
UK kini bersedia dengan pembukaan semula beberapa aktiviti perniagaan termasuk bar, restoran serta hotel mulai 4 Julai yang diharapkan akan membuka dan meningkatkan peluang untuk pemulihan ekonomi di negara itu.
Turut menyokong dagangan euro adalah kenyataan optimis dari Perdana Menteri Belanda, Mark Ruttle yang menyatakan kesepakatan mungkin dapat dicapai walaupun rundingan mengenai dana pemulihan EU akan mengambil masa.
Terbaru, Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen dilaporkan akan mengadakan rundingan mengenai pelan itu pada 8 Julai.
Sentimen positif pasaran yang diangkat oleh laporan mengenai ujian vaksin Covid-19 yang memberangsangka juga menyokong dagangan dolar Aussie dan kiwi untuk terus menguat berbanding USD.