Antara pasangan matawang yang menjadi tumpuan pelabur hari ini adalah USD/CAD berikutan data ekonomi utama Kanada bakal diterbitkan pada sesi New York malam ini.
Pada jam 9.30 malam, pasaran akan tertumpu terhadap data inflasi Kanada untuk bulan Disember 2019. Indeks harga pengguna (CPI) dijangka akan mencatatkan bacaan sedikit meningkat berbanding bacaan sebelumnya.
Seterusnya, tumpuan akan terarah pula pada mesyuarat dasar monetari Bank of Canada (BOC) pada jam 11.00 malam.
Pasaran menjangkakan kadar faedah akan masih dikekalkan di paras 1.75% dan laporan polisi monetari oleh bank pusat akan diteliti.
Menjelang sesi New York, dagangan dolar Kanada bergerak lemah dalam pasaran dan dapat dilihat pergerakan harga yang menaik pada pasangan matawang USD/CAD.
Harga yang bergerak melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di USD/CAD, kenaikan harga terus bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini.
Harga mencapai paras ketinggian sekitar 1.30900 sebelum kembali bergerak perlahan sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah.
Dagangan Loonie yang dijangka bergerak lemah bakal menuju paras resistance pada ketinggian 1.31000 untuk menguji paras tersebut.
Jika harga berjaya menembusi resistance tersebut, jangkaan kenaikan lebih tinggi harga bakal menuju paras 1.31600 yang dilihat sebagai zon SBR (support become resistance).
Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan, paras sekitar 1.30400 akan menjadi destinasi terhampir penurunan selepas melepasi paras sokongan dinamik MA50.
Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.