Pada hari ini Ketua Perunding Brexit EU,Michel Barnier mengumumkan bahawa beliau menjalan ujian dan hasilnya beliau didapati positif Covid-19.
Michel Barnier merupakan pejabat awam yang bertanggungjawab terhadap semua rundingan antara Kesatuan Eropah dan United Kingdom selepas UK mengambil keputusan untuk meninggalkan blok EU.
Barnier telah memuat naik kenyataan di halawan twitter beliau bahawa beliau berada dalam keadaan baik dan masih bersemangat.
“Saya mengikuti semua arahan yang diperlukan. Bagi mereka yang terjangkiti dan berada berasingan di rumah masing-masing, kita semua akan dapat melalui dugaan ini.” – kata beliau.
Barnier merupakan orang penting yang memimpin fasa kedua rundingan antara EU dan UK yang bermula pada awal bulan ini. Tujuan rundingan ini adalah dengan harapan perjanjian perdagangan dapat dimenterai sebelum akhir tahun ini.
Jurucakap kerajaan UK mengucapkan hal yang baik-buat Barnier. Pengumuman ini tidak dapat dinafikan akan menimbukan persoalan dalam kalangan pasaran mengenai jadual waktu rundingan memandangkan Perdana Menteri UK Boris Johnson berikrar untuk tidak melanjutkan perbincangan perdagangan melangkaui tahun 2020.
U.K dan pasukan perundingan EU akan bertemu di London pada minggu hadapan, tetapi perbincangan ini telah dibatalkan kerana pandemik COVID-19.